Click here to visit our sponsor
Free Advertising from Click2Net!

KENYATAAN MEDIA: Bagaimana boleh 14 hari

12 September 1999



Merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri dan beberapa pemimpin
kerajaan yang lain tentang kelewatan 14 hari memaklumkan keputusan
ujian makmal sampel air kencing Saudara Anwar Ibrahim oleh pihak
peguambela di mahkamah, saya dengan ini ingin memberikan penjelasan
yang terperinci tentang isu tersebut:-

1. Sampel air kencing Saudara Anwar dihantar kepada Gribbles
Pathology Malaysia Berhad di Petaling Jaya pada 18 Ogos 1999.
2. Gribbles Pathology Melbourne, Australia melakukan ujian terhadap
sampel tersebut pada 26 Ogos 1999.
3. Laporan komputer mengenai keputusan ujian makmal Gribbles
Pathology, Melbourne dicetak pada 8 September 1999 jam 7.02
petang.
4. Laporan komputer hanya sampai kepada saya pada 9 September 1999.
5. Maklumat ini segera dibawa ke pengetahuan mahkamah pada 10
September 1999.

Oleh itu jelas bahawa dipihak saya dan peguam-peguambela tidak pernah
sama sekali melambatkan pengumuman keputusan ujian makmal seperti yang
didakwa oleh Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin kerajaan yang lain.
Kenyataan-kenyataan mereka itu menunjukkan sikap tidak
bertanggungjawab dan tidak prihatin langsung kepada kesihatan dan
kesejahteraan Saudara Anwar Ibrahim di dalam penjara.

Ini adalah sama seperti sikap yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri
dan pemimpin-pemimpin kerajaan yang lain dalam peristiwa pembelasahan
Saudara Anwar Ibrahim oleh bekas Ketua Polis Negara pada 20 September
1998.

Saya menganggap kenyataan Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan
tentang isu tahap racun yang terlalu tinggi dalam sampel kencing
Saudara Anwar Ibrahim sebagai satu lagi bukti tentang cara mereka
dengan sengaja memutarbelitkan dan memesong pemikiran rakyat dari isu
sebenar.









DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL







No. 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara 50490, Kuala Lumpur
  • Kenyataan KakWan tentang Anwar diracun  
  • Jiwa Merdeka