Make your own free website on Tripod.com
Click here to visit our sponsor
Free Advertising from Click2Net!
 
Kenyataan Akhbar 
 
Meracuni Anwar, Membakar Semangat Rakyat 
 
Dr Abdul Rahim Ghouse 
18hb September 1999 
 
Perbuatan meracun Anwar Ibrahim telah menunjukkan kepada dunia 
bagaimana dia mempertaruhkan nyawanya untuk rakyat. Kini rakyat sudah 
mengambil iktibar dari keberanian dan pengorbanan Anwar. Rakyat 
terus bangun untuk menyambut obor reformasi yang mula dinyalakan 
Anwar. Kita kagum dengan pemuda Parti KeADILan dan lain-lain parti 
dari Barisan Alternatif, NGO dan pemimpin-pemimpin masyarakat yang 
telah mengadakan perhimpunan secara aman pada 18hb September 1999. 
Mereka bersama rakyat telah menghantar memorandum kepada Sultan dan 
Gabenor negeri masing-masing. 
 
Sambutan rakyat amat mengkagumkan. Keberanian Anwar sama-sama dihayati 
oleh rakyat. Agenda reformasi kini menjadi agenda perjuangan rakyat. 
Bila Mahathir meracuni Anwar, dia sebenarnya membakar semangat 
rakyat. Puluhan ribu rakyat telah menyokong dan memberanikan diri 
untuk menghadiri perhimpunan secara aman di negeri masing masing. 
 
Sultan-sultan dan gabenor-gabenor telah membuka pintu-pintu istana 
untuk menerima memorandum dari rakyat. Ketua-ketua negeri di Malaysia 
mempunyai jiwa yang besar dan prihatin terhadap kehendak dan 
keresahan rakyat. Ketika Mahathir mengenepikan rakyat, Duli-duli Yang 
Maha Mulia Sultan-sultan dan gabenor-gabenor menerima rakyat. 
 
Kejayaan perhimpunan secara aman ini juga menunjukkan bahawa rakyat 
tidak mahu hidup dalam ketakutan, kegelisahan dan ditipu oleh 
Mahathir dan kuncu kuncunya. Kita menyeru agar semua institusi 
kerajaan termasuk polis, tentera, mahkamah serta pegawai-pegawai 
kerajaan tampil ke hadapan untuk membela rakyat. Negara akan kembali 
bersatu dan tenteram hanya apabila penjenayah Mahathir ditumbangkan. 
Sedarlah, Mahathir dan kuncu-kuncunya adalah barah yang mesti 
dikeluarkan dari jasad bangsa Malaysia. 
 
Rakyat sudah matang dan menolak segala perancangan nista Mahathir dan 
talibarutnya. Rakyat melihat Mahathir sebagai penjelmaan segala 
penyelewengan, kejahatan, kezaliman dan penindasan dalam negara ini. 
Kewibawaan barisan menteri, MP dan ADUN Barisan Nasional pula jatuh 
merudum; kerana mereka sanggup menjadi penonton pada keracunan yang 
dilakukan 
oleh Mahathir terhadap Anwar. Mereka masih tidak sedar bahawa 
meracuni Anwar, sebenarnya meracuni rakyat. Rakyat mesti bertindak 
menolak mereka ini semua. 
 
Setelah percubaannya meracuni pemikiran rakyat dengan berbagai fitnah 
terhadap Anwar gagal, Mahathir telah meracuni Anwar sendiri. Namun 
perjuangan ini telah menjadi perjuangan rakyat. Setiap dari kita 
adalah pemimpin perjuangan ini. Kita perlu melipat gandakan usaha dan 
pengorbanan kita. Kita memerlukan inisiatif yang tinggi untuk 
memenangkan perjuangan ini. Jangan biarkan Mahathir dan suku-sakat 
serta kroninya memesongkan rakyat ke jalan penghambaan dan 
keruntuhan. 
 
Mahathir dan kuncu-kuncunya adalah barah yang akan membunuh seluruh 
tubuh bangsa Malaysia. Selamatkan negara dengan menumbangkan 
kepimpinan Mahathir. Bebaskan rakyat dari cengkaman propaganda, 
pendustaan dan muslihat Mahathir 
yang sudah gila itu. Teruskanlah perhimpunan secara aman dan 
sebarkanlah maklumat kepada rakyat jelata. Gandingkan tenaga rakyat 
untuk membela dan membebaskan bangsa Malaysia dari cengkaman Mahathir. 
 
Salam Reformasi 

  • Kenyataan Beliau sebelum ini
  • KENYATAAN MEDIA AL HIZBUL ISLAMI UK & EIRE
  • Surat drpd Dr. Munawar A. Anees
  • Kenyataan KakWan tentang Anwar diracun
  • Laporan Polis Anwar berkenaan diracun
     

     
    Jiwa Merdeka