Make your own free website on Tripod.com
Click here to visit our sponsor
Free Advertising from Click2Net!
 
Kenyataan Dr Rahim Ghouse dari Jakarta: Rakyat Mesti Bangkit Menentang 
Diktator Gila 
 
Kenyataan Akhbar 
Dr Abdul Rahim Ghouse 
Jakarta 10hb September 1999 
 
Rakyat Mesti Bangkit Menentang Diktator Gila 
 
 
Pada 1 September lalu, Puan Marina Yusoff, salah seorang naib presiden 
arti KeADILan Malaysia, telah menulis surat kepada Perdana Menteri, 
Dato' Seri Mahathir Mohammad mendakwa wujud usaha untuk meracun Dato 
Seri Anwar Ibrahim. Surat itu menyatakan tindakan itu dilakukan dengan 
arahan yang datang terus dari Jabatan Perdana Menteri. Dakwaan yang 
sama telah 
muncul dalam Internet sejak beberapa bulan lalu. 
 
Pada 10 September 1999, dakwaan mengenai usaha meracun Anwar telah 
dibuktikan oleh peguam Anwar di mahkamah. Bukti ini terkandung dalam 
satu laporan yang disediakan oleh sebuah makmal di Melbourne, 
Australia. Satu sampel air kencing Anwar telah berjaya di bawa ke sana 
pada pertengahan bulan lalu. Laporan itu menyatakan terdapat kandungan 
racun arsenik 
dalam tubuh Anwar 77 kali ganda melampaui tahap biasa. Akibat dari 
keracunan ini kesihatan Anwar telah merosot, berat badannya menurun 
dengan mendadak dan rambutnya gugur. 
 
Pendedahan ini menunjukkan Mahathir tidak berpuas hati sekadar 
memenjarakan Anwar di atas tuduhan palsu. Sebaliknya, dia ingin 
memastikan Anwar dibunuh. Pendedahan ini menimbulkan persoalan sama 
ada benarkah Anwar dipukul Rahim Noor kerana Rahim tidak dapat 
mengawal diri atau ia sebahagian dari satu perancangan yang telah 
dilakukan oleh peringkat yang lebih tinggi. Kesilapan Rahim, dari 
kacamata Mahathir, bukanlah kerana dia memukul Anwar. Kesilapannya 
ialah dia gagal membunuh Anwar. 
 
Adakah Mahathir akan mengatakan Anwar sengaja meracuni dirinya 
sebagaimana dia mendakwa kononnya Anwar sengaja mencederakan dirinya 
apabila Anwar muncul di mahkamah dengan mata lebam tahun lalu? Atau 
adakah Mahathir akan berkata keracunan Anwar dilakukan oleh seorang 
tukang masak penjara yang gagal mengawal dirinya? Peguam Negara, 
seperti burung kakak tua yang meniru kata-kata tuannya , telah menuduh 
kononnya keracunan Anwar mungkin telah dilakukan oleh keluarganya 
sendiri. 
 
Semua ini adalah bukti-bukti bahawa Anwar adalah mangsa konspirasi 
yang bertujuan bukan sahaja menamatkan kerjaya politiknya dan 
memenjarakannya, tetapi untuk membunuhnya. Nyata sekali Mahathir 
semakin terdesak dan sedang cuba mencengkam pada kuasa dengan apa cara 
jua. Dia tahu tindakannya terhadap Anwar telah menimbulkan kemarahan 
rakyat. Popularitinya telah merosot dan untuk kali pertama dalam 
sejarah Malaysia kerajaan BN mungkin akan ditewaskan dalam 
pilihanraya. Oleh itu, Mahathir berazam untuk menghapuskan individu 
yang telah mencetuskan gelombang kemarahan rakyat terhadapnya. Dia 
telah sampai ke tahap sanggup cuba membunuh Anwar. 
 
Ini menunjukkan bahawa Mahathir telah melampaui segala batas adab, 
tatasusila, kemanusiaan dan keagamaan. Dia sanggup membunuh untuk 
terus mencengkam pada kuasa. Jika dia sanggup bertindak sebegini 
terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, bayangkanlah apa yang sanggup 
dilakukannya terhadap rakyat biasa. Dato Nallakarupan nyaris dihukum 
gantung. Munawar Anees dan Sukma Dermawan didera dengan teruk. 
Tahanan ISA dan OKT dicederai. Mahathir telah menunjukkan sifat 
kebinatangannya. Inikah pemimpin yang diinginkan rakyat ketika 
melangkah ke alaf baru? 
 
Rakyat mesti bangun dan menumbangkan diktator tua yang telah gila ini. 
Sudah terlalu lama kita diperbodoh dan dipermainkan. Diktator tua ini 
sudah terlalu tamak dan gilakan kuasa. Apakah yang lebih teruk dan 
menakutkan dari negara Malaysia terus dipimpin oleh diktator gila 
seperti ini? Apa juga perubahan yang rakyat lakukan tidak mungkin akan 
membawa kepada 
keadaan yang lebih dahsyat dan menakutkan dari apa yang sedang 
berlaku. 
 
Rakyat mesti berani untuk terus berhimpun secara aman. Kuasa rakyatlah 
yang akan menghentikan kegilaan Mahathir. Gerakkanlah kuasa rakyat 
untuk menggulingkan diktator yang sudah gila ini. 

  • KENYATAAN MEDIA AL HIZBUL ISLAMI UK & EIRE
  • Surat drpd Dr. Munawar A. Anees
  • Kenyataan KakWan tentang Anwar diracun
  • Laporan Polis Anwar berkenaan diracun
     

     
    Jiwa Merdeka