Click here to visit our sponsor
Free Advertising from Click2Net!

Menganali Arsenik

Sumber
ARSENIK ialah sejenis elemen logam yang wujud secara semulajadi dan boleh
berada dalam bentuk organan dan bukan organan. Dalam bentuk arsenik
Trioksida, ianya amat bahaya. Lebih berbahaya bila arsenik berada dalam
bentuk gas

Arsenik biasa digunakan dalam racun serangga, racun rumpai, pengawet kayu
dan pembuatan kaca. Kegunaan dalam bidang perubatan amatlah sedikit
(rawatan penyakit kulit)

Bahan Arsenik terdapat dalam alam sekitar dalam jumlah yang kecil dan
manusia sentiasa terdedah kepada jumlah yang tak berbahaya ini. Cara yang
paling baik mengesan jumlah pendedahan didalam badan ialah melalui ujian
air kencing sementara paras darah berguna untuk mengesan keracunan akut (acute)

Cara merosakkan tubuh
Arsenik dalam tubuh menyebabkan kerosakan melalui peranannya mengganggu
aktiviti enzim, terutamanya menghambat pembentukan ATP yang akhirnya
merosakkan pelbagai sistem dalam tubuh

Tanda Tanda klinikal
Dalam jumlah pengambilan yang kecil, tanda tanda keracunan arsenik tidak
mudah dikesan. Dalam jumlah yang tinggi, ia akan menyebabkan kematian
yang cepat. Pernafasan berbau bawang putih mungkin menandakan keracunan
Arsenik

Kesan yang muncul beberapa lama (delayed action/Aksi tertunda) akibat
keracunan akut termasuk keguguran rambut, kebas kebas pad akaki dan
tangan , ciri ciri 'footdrop' dan 'wrist drop' serta gaya berjalan
(gait) sayng tidak normal , dan tindakan pantulan (reflex action) yang
lambat. Kerosakan hati berlaku.

Dalam Kes keracunan kronik, mangsa akan mengadu lemah anggota badan,
keletihan, hilang selera makan, turun berat badan dan mudah terganggui
(irritability). Tanda yang lebih nyata ialah perubahan ialah perubahan
pada warna kulit (pigmentasi) dan penebalan lapisan keratin (ie. kuku).
Kesan kepada saraf juga akan timbul kemudian, terutama pada anggota
bawah (kaki) Kesan yang melibatkan kedua dua sensori dan motor. Kesan
pada sistem penghadaman pula menyebabkan ulcer, hepatitis dan cirrhorsis
(kerosakan hati)
Cara Cara pengesanan makmal
Mengukur paras arsenik dalam air kencing merupakan kaedah utama mengesan
arsenik dalam tubuh. Paras biasa ialah dibawah 50ug/L . Paras antara
100-200ug mestilah menimbulkan syak tentang keracunan, manakala paras
melebihi 200ug/L adalah paras toksik dan memerlukan rawatan hospital dani
terapi 'chelation'

Paras arsenik dalam rambut juga boleh mengesahkan pendedahan kepada arsenik

Disediakan Oleh
Dr Dzulkifli Ahmad ,Ph.D (Toxicology)
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli M.D.
-------- nota
:
  • ug/L disebut 'nanogram per Liter', u sepatutnya diganti dengan 'niu'
    tetapi tak jumpa ascii code nya :)
  • Artikel ini diterbitkan di Laman Web Jiwa Merdeka atas kebenaran
    Dr Mohd Hatta, melalui webmaster PAS Gombak (secara verbal)


  • Apa itu Arsenik - Jiwa Merdeka
  • Bukti Arsenik merosakkan hati (discovery healt.com)
  • Pusat Racun Negara
  • Arsenic Poisoning Napoleon
  • The Arsenic Crisis n Bangladesh and West Bengal, India
  • Mineral native arsenic
  • Arsenic Project
  • Peranti pengesan arsenic
  • Laporan Polis Anwar berkenaan diracun  
  • Dewan Pemuda Pas
  • Dr. Mohd. Hatta Mohd. Ramli  

    Jiwa Merdeka