Make your own free website on Tripod.com
Click here to visit our sponsor
Free Advertising from Click2Net!

K E N Y A T A A N A K H B A R
10 September 1999

Pada 18/08/99 spesimen air kencing Anwar dikirim untuk di analisis
oleh makmal di Melbourne, Australia. Laporan patologi menunjukkan
bahawa tahap racun arsenik ialah 230 ug/g creatinin berbanding dengan
kadar biasa 3 ug/g.

Sejak sebelum ditangkap pada 20 September 1998, kami mengesyaki bahawa
beliau akan dianiayai, diracun atau didera. Andaian tersebut terbukti
benar manakala beliau dipukul dan didera oleh bekas KPN, Tan Sri Rahim
tatkala didalam tahanan dan dibiarkan terlantar beberapa hari tanpa
dibenarkan mendapat rawatan doktor.

Sekarang terdapat maklumat bahawa beliau telah diracun dan keadaan
beliau mengalami keracunan serius.

Beliau mesti diberi rawatan segera sementara siasatan bebas dimulakan
untuk mengetahui punca keracunan. Dari awal kami telah menegaskan
wujudnya konspirasi diperingkat tertinggi untuk melenyapkan pengaruh
politik. Tetapi kami pada mulanya tidak menduga mereka sanggup
melakukan jenayah keji sedemikian.


DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
______________________________________________________________________

M E D I A S T A T E M E N T
10 September 1999

On 18/08/99 Anwars urine specimen was sent for analysis to a
laboratory in Melbourne, Australia. The pathologists report shows
that the level of arsenic poisoning is 230 ug/g creatinin compared to
the normal level of 3 ug/g creatinin.

Since before his arrest on 20 September 1998, we have suspected that
he will be harmed, poisoned and tortured. This suspicion was proven
true when he was assaulted and tortured by the former IGP, Tan Sri
Rahim Noor, while under detention and he was left on his own for
several days and refused medical attention.

Now we have information that he was poisoned and his condition is
serious.

He must be given immediate treatment while independent investigations
are commenced to determine the source of the poisoning. From the
beginning we have seen the existence of a conspiracy at the highest
level to silence his influence in politics. However, we at the
beginning never expected that they would go this far to commit such a
criminal act.


DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
 
  • Jiwa Merdeka