Make your own free website on Tripod.com
Click here to visit our sponsor
Free Advertising from Click2Net!
 
KENYATAAN MEDIA: KESIHATAN ANWAR 
 
19 September 1999 
 
Saudara Anwar telah dimasukkan ke Hospital Universti Kebangsaan 
Malaysia sejak 10 September 1999 selepas Mahkamah Tinggi Kuala 
Lumptir dimaklumkan bahawa tahap arsenik dalam air kencing beliau 
berada pada paras yang terlalu tinggi. 
 
Laporan patologi yang diperolehi daripada sebuah makmal yang terkemuka 
di Melbourne telah merungsingkan saya lebih- lebih lagi kerana saya 
mendapati sejak beberapa ketika berat badan suami saya susut dan 
rambutnya gugur. Kulitnya juga kering dan beliau mengadu tangannya 
terasa kebas Lagi pun, selepas beliau dibelasah teruk di Bukit Aman 
pada 20 September 1998 saya mula meragui keupayaan pihak berkuasa 
untuk mempastikan kesejahteraan Saudara Anwar samada dalarn 
penjagaan polis ataupun penjara. Itulah sebabnya saya telah membawa 
laporan patologi tentang tahap arsenik kepada 
perhatian peguam-peguam beliau. Saya harap bahawa keputusan 
ujian-ujian yang dilakukan di Hospital Universiti Kebangsaan akan 
meyakinkan saya bahawa kesihatan Saudara Anwar tidak terjejas. Saya 
dan keluarga serta rakan-rakan dan 
penyokong-penyokong Saudara Anwar berdoa bahwa ujian-ujian itu akan 
rnenunjukkan bahawa tahap arsenik dalam air kencing beliau telah turun 
ke tahap lingkungan biasa. 
 
Says sedar bahawa pasukan doktor-doktor yang merawat Saudara Anwar 
sedang berusaha sedaya upaya untuk memulihkan kesihatan beliau. Saya 
dan keluarga saya sungguh menghargai usaha-usaha mereka ini. Kami 
berharap bahawa pasukan doktor-doktor tersebut akan memberikan 
penjelasan yang terperinci kepada orang ramai tentang kesihatan 
Saudara Anwar dengan secepat mungkin. 
 
Seperkara lagi, kenyataan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menten 
Dalam Negeri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Saudara Anwar 
gagal berkerjasama dengan pasukan penyiasat, kurang tepat dan perlu 
dijawab. Sebenarnya Saudara Anwar telah memberi segala sampel yang 
perlu kepada pihak berkuasa hospital untuk penyiasatan sepertimana 
diarah oleh mahkamah pada 11 September1999. 
 
 
DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL 
Presiden 
 

  • Kenyataan yang sama dalam Bahasa Inggeris
  • Hak mengunjung Anwar - Kak Wan
  • Bagaimana boleh 14 hari - KakWan
  • Kenyataan KakWan tentang Anwar diracun
  • Laporan Polis Anwar berkenaan diracun
     

     
    Jiwa Merdeka