Make your own free website on Tripod.com
Click here to visit our sponsor
Free Advertising from Click2Net!
 
Kenyataan Media: Hak Mengunjungi Anwar Ibrahim 
 
Dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak mendapat kebenaran daripada 
pihak berkuasa untuk mengunjungi suami saya, Saudara Anwar Ibrahim di 
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras semenjak 15 September 
1999 sehingga 
hari ini (17 September 1999). Pada lazimnya, isteri dan anggota 
keluarga terdekat diberi peluang untuk mengunjungi orang yang dirawat 
di hospital walaupun dia seorang banduan. Apatah lagi dalam keadaan 
kesihatan suami saya yang tidak menentu dan dalam keadaan di mana 
tersebarnya berbagai khabar angin mengenai kedudukan kesihatan 
beliau. Penafian peluang untuk mengunjungi suami saya sesungguhnya 
telah meningkatkan lagi kegelisahan saya serta keluarga. 
 
Oleh itu, saya merayu kepada pihak-pihak berkenaan untuk membenarkan 
saya dan keluarga mengunjungi suami saya di hospital dan tidak terus 
menafikan hak saya berbuat demikian. Hak mengunjungi suami saya di 
hospital harus dianggap sebagai rutin dan tidak terikat kepada 
pertimbangan lain, termasuk pertimbangan politik. 
 
Adalah tidak adil sama sekali apabila seorang isteri terus dibiar 
dalam keadaan yang tidak menentu; bilakah akan diberi peluang 
mengunjungi suami di hospital. Sikap ini jelas menimbulkan persoalan 
tentang perikemanusiaan pihak berkuasa terhadap kami sekeluarga. 
 
Lagi pun, sekiranya saya dibenarkan mengunjungi suami secara rutin, 
sekurang-kurangnya saya mungkin dapat mententeramkan sebahagian besar 
penyokong Saudara Anwar yang merasa bimbang tentang keadaan kesihatan 
beliau. Kebimbangan dan kerisauan mereka telah menimbulkan suatu 
keadaan di mana mereka dengan mudah mempercayai segala sebaran 
khabar-khabar angin dan berita palsu tentang kesihatan suami saya. 
Oleh kerana kurang maklumat tepat tentang kedudukan sebenar Saudara 
Anwar, terutamanya daripada keluarga terdekatnya, sebahagian daripada 
rakyat tidak dapat lagi mengawal 
perasaan mereka dan bertambah marah terhadap pemerintah. Keadaan ini 
harus diredakan. Menghormati hak saya dan keluarga saya mengunjungi 
seseorang yang sedang uzur adalah suatu perkara yang dianggap paling 
mulia dalam perhubungan 
antara manusia dengan manusia. 
 
 
Dr. Wan Azizah bte Wan Ismail 
Presiden 
Parti Keadilan Nasional (keADILan) 
17 September 1999 
 

  • Bagaimana boleh 14 hari - KakWan
  • Kenyataan Rahim Ghouse
  • Kenyataan KakWan tentang Anwar diracun
  • Laporan Polis Anwar berkenaan diracun
     

     
    Jiwa Merdeka