Ahli UMNO tak sedar lagi diri mereka ditipu oleh presiden mereka sendiri.
Bukan itu sahaja DrM secara terang terang, membelakangkan kehendak dan hasrat ahli UMNO.
Dalilnya?
1) Ahli UMNO kedah tentu masih ingat, masa mereka
tolak Sanusi,
sampai pi jumpa pm merayu agar sanusi tak dipilih
jadi MB.
Tak cukup dengan itu, UMNO bahagian juga antar
message yang sama
kat pm, kasi menang datuk bakar taib kalahkan
sanusi dalam pemilihan
ketua bahagian.
Tapi Dr M tetap pilih sanusi jadi MB, duduk dalam
MT, begitu juga kisahnya
dengan Ibrahim Ali.
Maknanya walaupun ditolak oleh ahli, dr m tetap
pilih pasal apa ...........
sebab prinsipnya " aku boss, aku punya hak.....
Hangpa tak suka hang punya
pasai. Tak suka jugak pi mampuih"
2) UMNO melaka tak pilih Ghafar Baba, untuk bertanding
pilihanraya ini.
Malah senarai yang diumumkan oleh Ketua Menteri
Melaka tak ada nama Ghafar.
Apa tidaknya, sejak daripada 1959, "Api air Jalan
Raya", tahun 1999 pun dia
masih lagi "Api Air Jalanraya".
Tetapi.... Jeng.. Jeng.. Jeng lepas jumpa PM nama
tu muncul... Pasai apa,
PM nak ada orang yang lebih tua darinya bertanding.
Serupalah dengan Wan Mokhtar, akhbar pro UMNO sendiri
buat ramalan
perkhidmatan Wan Mokhtar ditamatkan. Spekulasi
akhbar pro UMNO tentu
dapat dari sumber UMNO takkan dari keadilan dan
pas, tentu orang UMNO
sendiri habaq kat depa.
Tetapi.... Jeng.... Jeng... Jeng , PM pilih jugak.
Conclusion.
Kalau maklum balas dari ahli dah tak diendahkan
lagi, hanya satu orang
sahaja buat keputusan maknya UMNO dah wujudkan
kuasa diktator
mutlak kepada PM.
Kalau hangpa tak dok sedaq lagi pi undilah UMNO.
Charlie
(melalui Jiwa
Merdeka)