Click here to visit our sponsor
Free Advertising from Click2Net!



Tabung Rakyat Miskin Sik dilancarkan bersama Novel 'Nurul Anak Papaku'
======================================================================

Gombak 23 Oktober 1999, Sasterawan Negara Dato' Professor Emeritus Shahnon
Ahmad (Pak Shahnon) telah melancarkan satu Tabung Rakyat Miskin Sik yang
bertujuan untuk membantu rakyat miskin yang berada di Sik. Sejurus selepas
Pelancaran Tabung itu Novel Terbaru Pak Shahnon bartajuk 'Nurul Anak PaPaKu'
dilancarkan oleh Datuk Ibrahim Abd. Rahman ayah kepada Dato' Seri Anwar
Ibrahim.

Pada Majlis pelancaran Tabung dan Novel ini, PakShahnon telah mengumumkan
bahawa 10 % (peratus) daripada hasil Jualan Novel itu disumbangkan ke
Tabung Rakyat Miskin Sik. Satu memorandom persefahaman diantara
Datuk Ibrahim Abd. Rahman mewakili Nurul Izzah Sekeluarga, Pustaka
Jiwa Merdeka (penerbit) dan Pak Shahnon (penulis) telah ditandatangani
sebagai tanda persetujuan supaya 10 peratus daripada hasil novel itu di
sumbangkan ke 'Tabung Rakyat Miskin Sik'.

Novel 'Nurul Anak PapaKu' itu memgisahkan kisah hidup Nurul Izzah Puteri
Reformasi melintasi liku-liku hidupnya. Walau Bagai Manapun, Nurul berkata
bahawa Pak Shahnon memberitahuinya 'Novel itu adalah untuk Rakyat, bukan
untuk Nurul'.

Pada Majlis pelancaran itu, Novel hard cover yang digunakan semasa pelancaran
telah dilelong bermula dengan harga RM 100, walaubagaimanapun, Novel itu
terjual dengan harga RM 500 oleh seorang peminat Pak Shahnon. Kesemua
RM 500 itu disumbangkan ke Tabung Rakyat Miskin Sik.

Zunar, kartunis reformasi telah membawa satu Lukisan (semi kartun) yang
menggambarkan Nurul Izzah untuk dilelongkan pada pengunjung. Bermula dengan
harga permulaan RM 100, ianya dijual dengan RM 1200 kepada Saudara Azmin
Ali yang mewakili keADILan cawangan Gombak. wang Lelongan lukisan itu
juga disumbangkan ke Tabung Rakyat Miskin Sik.

Pada penghujung Majlis, hampir kesemua pembeli Novel 'Nurul Anak PapaKu'
telah mendapat tandatangan Nurul Izzah atau Pak Shahnon pada sesi tandatangan.

Antara yang menarik pada majlis itu, Seorang kanak-kanak berumur lebih kurang
3 tahun, menjerit-jerit "Nurul Jijah! Nurul Jijah" di belakang apabila
Saudari Nurul Izzah tiba.
Laman Berkait

  • Laman Pak Shahnon
  • Jemputan Ke Majlis Itu
  • Laman Untuk Nurul Izzah
  • Nurul save the planet by conserving natural Energy Resources
     
    Jiwa Merdeka