Click here to visit our sponsor
Free Advertising from Click2Net!

LAPORAN POLIS TUN HS LEE

24567/99

Saya telah menerima laporan patologi berdasarkan ujian air kencing
dari Gribbler Pathology, Melbourne, Australia. No Makmal 99 1557072 I
bertarikh 18 Ogos 1999. Laporan tersebut mengesahkan tahap keracunan
arsenic dalam tubuh saya adalah amat berbahaya iaitu pada kadar 230.0
ug/g creat , melebihi tahap normal iaitu kurang 3 ug/g creat. Ini
bermakna kandungan racun arsenik dalam tubuh saya ialah 77 kali ganda
melampaui tahap biasa.

Sejak dari tarikh saya ditangkap pada 20 September, saya telah
mengesyaki bahawa saya mungkin didera atau dianiayai. Andaian tersebut
terbukti benar manakala saya dipukul dan didera oleh Tan Sri Rahim Nor
tatkala berada didalam tahanan polis. Bahkan saya dibiarkan terlantar
selama beberapa hari tanpa mendapat rawatan doktor.

Sekarang terbukti melalui maklumat bahawa saya telah diracun. Saya
tidak pasti tempat diracun samada di Lokap Polis Bukit Aman atau
berikutnya di Penjara Sungai Buloh. Diantara kesan-kesan yang
dipastikan setakat ini ialah kekurangan berat badan, keguguran rambut,
kebas dan kekeringan kulit. Para doktor memaklumkan bahawa kesan parah
mungkin dirasakan setelah beberapa ketika secara beransur tanpa
disedari.

Saya memerlukan jaminan tegas semua pihak bertanggungjawab termasuk
pimpinan politik kerajaan untuk menyiasat segera dengan rapi , tidak
berselindung dan tidak cuba menutup dengan sewenang-wenangnya. Ini
adalah satu jenayah jahat dan mungkin satu percubaan membunuh. Punca
keracunan perlu dikenal pasti, siapa orangnya atau kelompok yang
bertanggungjawab. Saya harap tidak ada helah yang diberikan untuk
melengahkan tindakan atau berdolak-dalik.

Saya kesal kerana konspirasi politik unutk menjatuhkan saya tidak
terhad kepada tindakan politik tetapi telah melibatkan tindakan
fizikal dan kini meracun saya. Kepada Allah kita mendoa semoga kita
diselamatkan.

Sekian laporan saya. Terima kasih.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


(Tandatangan)

ANWAR IBRAHIM

10 September 1999
11.45 tengahari




  • Kenyataan KakWan tentang Anwar diracun  
  • Jiwa Merdeka